Semalam, kecoh apabila tular sepotong rakaman video panas seorang lelaki mirip Zul Ariffin di media sosial.

Di tengah-tengah kekecohan warga net berteka-teki tentang individu di dalam video tersebut, ‘kehilangan’ akaun Instagram (IG) Zul pada malam Selasa lalu, menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar.

Kecewa dengan perkara tersebut, Zul Ariffin tampil memberi penjelasan kepada sebuah portal hiburan.

[[BACA: Alamak! Video 'Panas' Mirip Zul Ariffin Tersebar, Akaun Instagram Sudah Dinyahaktif?]]

Bukan kali pertama terkait dengan isu sebegini, Zul menyifatkan dirinya menjadi mangsa ‘deepfake’.

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.

“Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni,” katanya.

Katanya lagi dia tidak menyangka akan menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab.

“Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik saja,” katanya dalam nada kecewa.

Untuk makluman semua teknologi 'deepfake', mampu menggantikan wajah individu persis atau sesiapa sahaja dalam sebuah klip video.

Hasilnya? Seperti imej janaan komputer (CGI) dalam filem yang sangat realistik!

[[BACA: Terlalu Realistik! Aplikasi Terbaru Guna Teknologi 'Deepfake' Ini Cetus Kebimbangan]]

Dalam pada itu, Zul mengakui berasa sedih kerana menjadi mangsa teknologi dan berharap artis lain juga berhati-hati.

“Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati,” katanya kepada portal xtra.

Sementara itu di Twitter, ada peminat yang meragui keaslian video tersebut dan turut mengaitkannya dengan teknologi ‘deepfake’.


Tapi logik juga, sebab sejak akhir-akhir ini terlalu banyak video tidak senonoh yang melibatkan individu popular seperti pelakon, penyanyi, pemain bola sepak termasuk ahli politik.

Mungkin juga ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan teknologi canggih untuk mengaut keuntungan?

Kerana dengar cerita ada harga diletakkan untuk video aksi panas melibatkan individu tertentu! Jadi, fikir-fikirkan.