Aktres Intan Najuwa berang apabila terdapat segelintir warganet yang cuba untuk memporak-porandakan hubungannya bersama tunang, Razrul Anwar Rusli.

Menurut Intan tindakan yang telah dilakukan itu telah mencabar kesabarannya.

Jelas pelantun utama drama Setelah Ku Dimiliki berkata tidak bermaksud dia mendiamkan diri pihak luar boleh berkata sesuka hati.



Tegas Intan dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan serta terguris dengan kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya.



Dalam pada itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid merasakan sikap netizen sudah melampaui batas walaupun dia sudah memuat naik foto bersama tunangnya baru-baru ini.



Terdahulu, Intan telah 'archive' beberapa keping foto bersama tunangnya.

Tindakannya itu telah menimbulkan spekulasi netizen dengan mengatakan hubungan mereka sedang diambang pergolakan.

Foto aktor Zul Ariffin kelihatan memeluk Intan ketika mandi di laut yang tular di media sosial itu dikatakan ketika proses penggambaran drama Setelah Ku Dimiliki.

Namun pengarahnya, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama.

BACA: Aksi Peluk Rendam Dalam Laut Zul & Intan, Pengarah Nafi Gimik! "Adegan Tiada Dalam Montaj"

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak membuat teguran terbuka kerana dilihat tidak senonoh dan dinasihatkan untuk bernikah jika hendak melakukan perkara seperti itu.

BACA: “Sebaiknya Kalian Bernikah Sahaja Dan...”- PU Syed Tegur Aksi Mesra Zul Ariffin & Intan Najuwa

Terbaru, Intan telah berkongsi rakaman video bersama tunangnya ketika makan malam di Instagram Stories miliknya.

BACA: Keluar Makan Bersama, Persoalan Status Intan Najuwa & Tunang Terjawab!