Ahli kumpulan UNIC, Fakhrul mengambil kesempatan memperkenalkan nama bayinya yang baru lahir pada 2 Disember lalu di akaun Instagram miliknya.

Fakhrul atau nama sebenarnya Fakhrul Radhi Khamarudin, 33, yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli kumpulan UNIC yang lain memilih nama sempena berkat berada bumi Madinah.

Nama yang diberi untuk bayi ketiganya adalah Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi.

BACA: Fakhrul UNIC Timang Bayi Lelaki

“Action kameee, baby zaman skrg mana layan bedung2 kan?

“Bismillah, harini baby dah cukup 7 hari..sian, 3 hari dah kena tinggai hihi. Sunnah bagi nama dah kalau ikut Abang Muqri dia suruh letak CR7.

“Berkat bumi madinah, saya namakan dia “Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi “ sempena nama sahabat nabi saw عيّاش بن أبي ربيعة .

“Nanti korang carilah kisah hebat dia. Doakan Ayyash jadi anak soleh ok. Hadiah jangan lupa,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Fakhrul atas kelahiran cahaya mata barunya.

Fakhrul mendirikan rumah tanga dennen Siti Syahirah Sohimi, 34, dan sebelum ini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Muqri, 8 dan Waffa Illiyyin, 6.

Action kameee ?, baby zaman skrg mana layan bedung2 kan? . Bismillah, harini baby dh ckup 7 hari..sian, 3 hari dh kena tinggai hihi. Sunnah bg nama dah.kalo ikut abg muqri dia suruh letak CR7 ??‍♂️?. . Berkat bumi madinah, sy namakan dia “Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi “ sempena nama sahabat nabi saw عيّاش بن أبي ربيعة . Nnti korg carilah kisah hebat dia. Doakan ayyash jd anak soleh ok. Hadiah jgn lupa ?

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on