Pelakon Fizo Omar berkongsi keterujaannya ditegur oleh seorang peminat yang berasal dari Nigeria.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Fizo, peminat yang dikenali sebagai Kelvin itu telah lama menetap di Kuala Lumpur.

"Cerita pagi masa pergi gym dan berenang, tiba-tiba Kelvin dari Nigeria tegur saya, "Hi Encik Omar, saya gembira jumpa awak, sayalah peminat nombor satu awak!".

"Terkejut pula saya macam mana dia boleh kenal saya, rupanya dia ni dah bertahun duduk KL dan memang kaki layan drama Melayu, dia siap cerita nangis-nangis lagi setiap kali tengok drama, hah kau jangan sangka badan sado dalam hati takda taman ya," seloroh Fizo di ruangan kapsyen.

Di entri itu, Fizo turut berkongsi video perbualannya bersama Kevin yang memuji kebaikan drama Melayu.

Malah, peminat Fizo itu juga memahami pertanyaan Fizo dalam Bahasa Melayu.

Cerita pagi masa pg gym n swimming.suddenly Mr. Kelvin @sirbillykelz from Nigeria approached me, hye Mr Omar im so excited to see u, im ur big fan! . Terkejut plk aku mcm mne dia blh kenal aku kan.rupa nya dia ni dah bertahun stay kat KL n memang kaki layan drama melayu.dia cter siap nangis2 lagi everytime tgk drama.hah kau jgn disangka badan sado dlm hati xde taman yea. . Siap blh cter scene by scene lg setiap drama yg aku berlakon. Tqvm brother kelvin for ur support!. . Dia pun xsabar nak tgk drama #adelleasofea bermula ptg ni di slot #akasia @tv3malaysia @dramasangat

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Sekadar info, Fizo mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.