Adik perempuan kepada pendakwah bebas yang sedang tular Da'i Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain semalam.
BACA: Isteri Da'i Farhan Mengaku Kena Cerai Talak Satu Melalui WhatsApp, Nafi Nusyuz! - "Saya Terima Takdir Selepas Terima Orang Ketiga ..."
Dedahnya, ekoran memberikan sokongan terhadap kakak iparnya yang baru dicerai, akaun media sosialnya telah disekat oleh Farhan.
"Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.
"Saya diblock dan diunfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.
"Sudah beberapa minggu saya bersama Kak Fatin, bantu sokong emosi beliau, datang ke rumahnya sewaktu suami beliau tiada, dengar luahannya dan lain-lain lagi.
"Saya tahu kepurusan ini berat untuknya terima tetapi dia kuar dan reda," tulisnya di Facebook.
Nik Fatma turut memberikan bayangan seolah-olah mereka sekeluarga tidak merestui tindakan drastiknya menceraikan Fatin.
"Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak reda, kamu tidak akan ke mana. Menyesal kemudian tiada guna.
"Untuk 'wanita' yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu," tambahnya.
Malah, Nik Fatma juga memohon doa orang ramai agar abangnya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.
"Mohon semua sahabat doakan semoga Farhan sedar dan kembali semula ke pangkuan keluarga.
"Kak Fatin, kami ada bersama. Kita sama-sama uruskan sehingga mahkamah putuskan semuanya nanti," ujarnya lagi.
Sebelum ini tular kisah peribadi Da'i Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.
BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8
Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.
BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara
Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.
BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil
BACA: Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Bakal Saman Pemfitnah
Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.
BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp
Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp semalam (3 Disember).
Amri Hassan
Wed Dec 04 2019
“Kalau Kita Tak Tengok & Dengar Komen Orang Dari Luar Saja, Tak Adil,” - Awie
Kena tengok dahulu filem itu.
Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak
Ini penjelasan Nora tentang rumah tangganya.
“No Comment..” - Meerqeen Tak Mahu Ulas Panjang Tentang Sarah Yasmine
Tuan badan dah respon.
Adira Suhaimi Sedia Pikul Status Ibu Tunggal - “Nak Atau Tidak, Kena Juga Harungi”
Semoga Adira baik-baik saja.
Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"
Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan penyondol sememangnya sedang hangat diperkatakan oleh ramai pihak. Berkongsi pandangan berhubung perkara itu dari perspektif seorang isteri, pelakon Amyra Rosli menyatakan dirinya mengambil iktibar terhadap permasalahan yang berlaku ketika ini dan sentiasa mendoakan terbaik untuk mana-mana pihak terlibat da
Vokalis Dewa 19, Virzha Nikahi Wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
SHERIFF: Raih RM35.3 Juta, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Kini Filem No. 1 Dengan Kutipan Tertinggi Tahun 2024
Filem Sheriff terus melakar sejarahnya dalam industri perfileman negara dengan meraih kutipan RM35.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan rasmi.
Ada Yang Dedahkan Perbualan Sarah Yasmine Minta Duit RM5K?
Kisah berkenaan Sarah Yasmine nampaknya masih belum berakhir.
Tudung kedut pun nak report | YES TUAN EP 6
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Scam Duit Raya report dekat Shuk Sahar | YES TUAN EP 5
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak