Pelakon Pablo Amirul mengesahkan foto bogel yang tersebar di laman sosial Tumblr merupakan gambar suntingan.

Baru-baru ini empat keping foto lucah seorang individu yang tersebar di laman sosial tersebut telah dikaitkan dengan Pablo.

Ada diantara foto itu menampakkan separuh wajah individu yang rupanya seiras dengan Pablo turut menampakkan sebahagian alat sulit.

"Saya sudah melihat foto yang tersebar itu dua hari lalu ketika saya sedang mempromosikan DVD filem Last Kopek Havoc tetapi hanya melihat sekeping foto sahaja.

"Betul, gambar badan itu gambar badan saya tetapi gambar tersebut disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menampakkan sebahagian alat sulit," katanya ketika dihubungi oleh Astro Gempak.

Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, 31, juga tidak membuat laporan polis atas kejadian ini.

"Saya mahu melihat dahulu apa yang telah berlaku, sebab itu saya tak mahu menafikan atau mengiyakan. Kalau saya nafi pun, mesti ada orang membuat pertikaian.

"Saya tidak membuat laporan polis kerana enggan memanjangkan isu. Saya serahkan sahaja kepada Allah," katanya lagi.

Tambah pelakon filem Polis Evo ini, dia juga enggan menyalahkan mana-mana pihak sekiranya ada unsur sabotaj berlaku disebalik isu ini.

"Wallahualam. Kalau ada orang nak dengki atau sabotaj pun, bukannya saya popular sangat. Saya tiada bukti kukuh nak mengatakan ada orang dengki.

"Saya tiada kontroversi, mungkin perkara ini terjadi kerana saya sedang membina kerjaya dalam industri hiburan dan semakin rancak," katanya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal