Pelakon Korea yang juga merupakan anggota kumpulan SURPRISE U, Cha In Ha, 27, dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan eksklusif Enews24, polis masih lagi menjalankan menyiasat mengenai punca kematian In Ha.

Berita kematian In Ha ternyata mengejutkan peminatnya apatah lagi aktor itu baru sahaja memuat naik foto terbarunya menerusi Instagram dalam masa kurang 24 jam.

Foto tersebut merakamkan dirinya sedang bersantai sambil menikmati kopi disebuah cafe dengan memakai pakaian serba hitam.

다들 캄기조심⛄️

A post shared by 차인하 (@chainha_715) on


Dalam pada itu agensi In Ha, Fantagio juga masih lagi menunggu laporan berkenaan.

“Kami baru sahaja mendapat berita mengenai kejadian itu dan sedang mengenal pasti punca kematiannya,” kata wakilnya.

Terdahulu, Cha In Ha pernah membintangi drama Korea antaranya Temperature of Love, Wok of Love, Clean with Passion for Now, and The Banker.

Manakala drama terbaru yang sedang ditayangkan di MBC adalah Love With Flaws.

Sumber: Koreaboo, Allkpop.