Penyanyi dan pengacara, Fakhrul Radhi Khamarudin, 33, dari kumpulan nasyid UNIC menimang cahaya mata lelaki sebentar tadi.

Fakhrul berkongsi berita gembira terbabit menerusi kemas koni terbaru di laman Instagram miliknya.

“2/12/2019 jam 3.10 pm, Alhamdulillah kakak pada adik ipar saya iaitu isteri saya telah selamat melahirkan baby boy.

“3.66 kilogram.. Sado bukan? Sila save date tu, sebab baby nak hadiah banyak-banyak.

“Anak dan isteri kedua-duanya selamat. Terima kasih doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh.. Terima kasih atas doa semua,” tulis Fakhrul.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Fakhrul atas kelahiran cahaya mata barunya.

Fakhrul mendirikan rumah tanga dennen Siti Syahirah Sohimi, 34, dan sebelum ini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Muqri, 8 dan Waffa Illiyyin, 6.

Takkanla takut basah..harimau malaya otw bukit jalil. Jumpa teguq la..ajummm, takkan tgk live streaming je ?? . All the best #harimaumalaya #worldcupqatar2022

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on