Dalam hanya tempoh 11 hari tayangan, filem Wira arahan Adrian Teh berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.2 juta

Berita terbabit disampaikan menerusi Instagram rasmi Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini.

"Terima kasih kepada semua! Kamu semua memang terbaik.

"Jom tengok Wira lagi sekali!," tulis pengendali akaun terbabit.

Thanks uolls! Korang semua mmg terbaik! Muah ciked ? Jom tgk WIRA lagi sekali nak?⁣ ⁣ @hairulazreen @fifyazmi @ismimelinda @josiahhogan @yayanruhian @henleyhii @dainsaid @hilal.azman @adrianteh19 #WIRA #FilemWira #Wira2019 #MatiBerdiri #HidupMelutut #GSCMStories #actionmovie

A post shared by GSC Movies (@gscmovies) on

Mula berada di pawagam semenjak 21 November iaitu Khamis lalu, filem ini mendapat respon dan reaksi positif baik daripada peminat mahupun pengkritik filem tempatan.

Malah, ramai berpendapat Wira setandingan dengan filem aksi terbitan Hollywood.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.

Filem ini telah pun memulakan tayangan di pawagam seluruh negara, jadi apa tunggu lagi?

BACA: Padu! Filem Wira Raih RM2.2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

BACA: [REVIEW] Inilah Filem Aksi Yang Sepatutnya Dihasilkan! Wira Buat Ramai Penonton U-Turn?