Program Running Man menjadi kontroversi selepas pihak pengurusan Kim Jong Kook dan Song Ji Jyo mendedahkan dua bintang itu dipaksa meninggalkan program berkenaan tanpa persetujuan mereka.

Menurut laporan portal Koreaboo, pihak pengurusan Ji Hyo dan Jong Kook telah mengesahkan perkara tersebut semalam dalam satu kenyataan rasmi.

“Kami difahamkan pihak Running Man akan membuat beberapa perubahan melalui SBS tetapi adakah benar perkara yang diketahui melalui laporan berita yang mengatakan ada anggota yang tidak akan dipanggil kembali.

“Pihak kami tidak mahu mengulas mengenai perasaan Song Ji Hyo terhadap isu ini tapi apa yang boleh dikatakan ini bukanlah ‘ucapan’ perpisahan yang baik untuk kami.

“Sebagai seorang pelakon, memang benar agak sukar untuk dirinya membahagikan masanya dan mempertimbangkan untuk mengundur diri sewaktu perubahan musim program berkenaan.

“Bagaimanapun memang terdapat kekurangan komunikasi daripada pihak produksi yang menjadi penyebab Ji Hyo meninggalkan program tersebut.

“Banyak penyesalan dan gangguan daripada segi emosi, tapi jika inilah keputusan pihak produksi, kami akan menerimanya dengan hati yang terbuka,” jelas pihak pengurusan Ji Hyo, My Company.



Sementara itu, Maroo Entertainment yang mewakili Kim Jong Kook menyifatkan tindakan pihak produksi Running Man itu sebagai tidak profesional dan berat sebelah.

“Benar kami hanya diberitahu mengenai berita Kim Jong Kook meninggalkan Running Man hanyalah melalui sebelah pihak saja.

“Walaupun kesihatannya tidak berada pada tahap terbaik namun Running Man merupakan program yang Kim Jong Kook benar-benar sayang dan hargai,” ulasnya.

Dalam pada itu, Daily News melaporkan, penerbit bersama Running Man telah bertemu kedua-dua bintang berkenaan dua minggu lalu.

“Dua minggu lalu memang perbincangan mengenai perubahan format dan pernerbit bersama rancangan itu telah pun bertemu mereka berdua.

“Bagaimanapun ketika pertemuan tersebut tidak ada sebarang perbincangan mengenai perubahan anggota Running Man.

“Pada 12 Disember, pihak produksi telah menghubungi Kim Jong Kook dan memberitahu dia telah dikeluarkan daripada program berkenaan.

“Manakala Song Ji Hyo pula baru saja mendapat tahu mengenai perkara itu sebaik saja laporan berita tersebut menjadi hangat semalam.

“Semua orang tahu perubahan rancangan itu dilakukan berikutan kerana ratingnya yang rendah namun ini bukanlah cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang telah lama terlibat dalam program ini.

“Bukan hanya akan memberi kesan terhadap penerbit tetapi juga mengguris hati selebriti yang terlibat,” jelasnya.

BACA: Ikut Jejak Langkah Gary, Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Tinggalkan Running Man

Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Koreaboo, Daily News