Juara rancangan dakwah Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkongsi tindakannya membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial.

Farhan menerusi laman sosial Instagram berkata, dia membuat laporan kerana ingin memberi pengajaran kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati ketika berkata-kata.

[[BACA:"Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8]]

“Alhamdulillah dah selesai semalam. Dua laporan polis dan dua tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia dan beberapa orang pemfitnah tegar di media sosial yang telah disenaraikan nama-nama mereka.

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudharat..Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yg mengaibkan seseorang,” tulisnya.

[[BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara]]

Kisah juara pencarian pendakwah nusantara itu menjadi bualan ramai apabila Farhan sendiri mengumumkan telah mengahwini seorang ibu tunggal beranak lapan di Makkah baru-baru ini.

Pelbagai spekulasi timbul hingga ada pemilik akaun Facebook, Ches Al-Maliki tampil membuka kisah sebenar di sebalik perkahwinan kedua itu.

Farhan turut membuat kenyataan dakwaan yang dibuat oleh Ches adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu.

Sumber/Foto: Instagram Da'i Farhan