Kisah prekuel filem Ola Bola dilancarkan dalam bentuk komik oleh Kadokawa Gempak Starz dan Astro Shaw pada 3 Disember lalu.

Komik prekuel Ola Bola: Kemuncak Impian dan edisi eksklusif Ola Bola sempena 18th World of Chinese Book Fair dilancarkan buat peminat untuk mengimbas kembali kisah penuh nostalgia ini melalui paparan komik, teks dan gambar.

Menariknya jalan cerita komik ini memaparkan sekitar tujuh atau lapan tahun lebih sebelum kisah Ola Bola berlaku.

Ia mengisahkan masalah yang dihadapi pasukan bola sepak Malaysia dan peristiwa yang berlaku semasa berlangsungnya Pestabola Merdeka 1973.

Komik Ola Bola ini turut mengisahkan di antara kapten pasukan negara Chow Kwok Keong dengan penyerang, Samaul dan penjaga gol utama, Muthu turut diceritakan.

Selain bahasa Melayu, edisi Eksklusif Ola Bola ini juga didapati dalam versi bahasa Cina. Setiap versi hanya diterbitkan sebanyak 500 set sahaja.

Edisi ini turut mengandungi DVD Filem Original Ola Bola, Ola Bola Log Pemain Bola: Dokumentari Di Sebalik Tabir serta komik prekuel Kemuncak Impian.

Edisi DVD itu telah merekodkan detik-detik Ola Bola dari proses praproduksi, sesi penggambaran sehinggalah tayangan filem berserta temu bual bersama pengarah Chiu Keng Guan, penerbit eksekutif

Najwa Abu Bakar serta barisan pelakob JC Chee, Bront Palarae, Luqman Hafidz, Saran Kumar dan ramai lagi.

Teks oleh: Shafiqah Jalal