Ibu saudara kepada penyanyi Lan Solo yang dipanggil mama menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.05 petang hari ini.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Lan menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Lan, jenazah yang berada di Hosital Serdang itu akan dibawa pulang ke rumahnya di Puchong dan akan dikebumikan pagi esok.

"Assalamualaikum, dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali, Dukacita dimaklumkan bahawa mama Rosiyah Mad Ali telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.05 petang tadi.

"Arwah buat masa ini di Hospital Serdang lagi dan dalam proses untuk dibawa balik ke rumahnya di Puchong Lot 144B, Lorong Berkat 5, Kg Seri Aman, 47100, Puchong malam ini selepas semua urusan hospital selesai.

"Akan dikebumikan esok pagi jam 10 di tanah di tanah perkuburan Islam Puchong Bt14.

"Semoga arwah dikasihani Allah dengan pengampunannya, amin," tulis Lan sebagai kapsyen.

Ruangan komen pula dipenuhi ucapan takziah dari rakan artis dan pengikut Lan yang lain.

MAMA | 6:05ptg | #alfatihah . . 4wd msg?? . . Assalamualaikum....drpd Allah kita dtg, n kpd Nya kita kembali. Dukacita dimaklumkan bahawa mama Rosiyah Mad Ali telah kembali kerahmatullah pd jam 6.05 ptg sebentar td . Arwah buat masa ni di hospital Serdang lg dan dlm proses utk dibawa balik ke rumahnya di Puchong Lot 144B, Lorong Berkat 5, Kg Seri Aman, 47100, Puchong mlm ni selepas semua urusan hospital selesai. Akan dikebumikan esok pg jam 10 di tanah perkuburan Islam Puchong Bt 14. Semoga arwah dikasihi Allah ngan prngampunanNya....Aaamiiinnn ....

A post shared by LAN SOLO ?? (@lansolo_official) on


Difahamkan, ibu saudara Lan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat serangan strok.

Salam takziah diucapkan kepada Lan seisi keluarga.