Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza mendapat satu penghargaan berharga apabila dia mendapat peluang berduet bersama penynyi Whitney Houston.

Siti, 37, melakar sejarah terbaharu dalam kariernya apabila diberi kesempatan untuk “ berduet” dengan idola kegemarannya iaitu mendiang Whitney Houston secara digital.

Siti akan menyanyikan lagu yang pernah popular ketika zaman 80-an iaitu berjudul Memories.

Ini merupakan duet pertama Siti bersama idolanya iaitu Whitney Houston ketika Whitney berusia 17 tahun.

Terdahulu, Whitney Houston merupakan legenda pop yang meninggal dunia pada tahun 2012.

Kepada semua peminat Siti Nurhaliza jangan lupa saksikan secara eksklusif muzik video Siti Nurhaliza bersama Whitney Houston pada 10 Disember ini, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.