Melalui situasi dan kemelut yang hampir sama, pelakon Ammar Alfian berkongsi kisah perjalanan dia bersama Sharnaaz Ahmad.

Menerusi satu posting di Instagramnya, Ammar menjelaskan yang dia mula mengenali Sharnaaz sejak 2008 ketika berlakon sebagai kawan baik dalam dalam drama bersiri Tari Tirana.

Jelasnya, hubungan mereka kemudian menjadi rapat seperti adik beradik.

"Kami telah lalui jatuh bangun dalam industri. Dibuang dan dipergunakan tapi kami masih berdiri, masih lawan," katanya.

Tambah Ammar, kedua-duanya juga telah melalui situasi yang sama dalam kehidupan peribadi mereka.

"Tapi Allah tahu kami adalah fighter dan survivors. Tuhan tahu kami boleh terima kesakitan dan ujian ini.

"Aku sentiasa ada untuk kau dan sebaliknya. Goodluck untuk filem baru kamu dan selepas itu, kita jumpa di Jeb The Movie dan Paskal 2. Kita tunjuk siapa kita sebenarnya," katanya.

Sehingga kini posting tersebut telah menerima 13,607 likes.

The two REALEST baddest mofos in the industry. We've known each other since 2008 and acted as best friends in Tari Tirana. We've been brothers since. We've been through ups and downs of the industry - got kicked and used but here we are still standing, still fighting. Both of us have gone through the same situation in our personal lives, but Allah knows that both of us are fighters aswell as survivors. He knows we can handle the pain and the challenge. My brother I'll always have your back like u have mine. Goodluck for your new movie. After your movie I will see u in JEB THE MOVIE & PASKAL 2. Let's show em AGAIN what we're made of!!! . . . #therealbmf #bilanagajumpaharimau #realrecognizereal

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Untuk rekod, Ammar dan isterinya, Nelissa Neezam telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.

Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

Bagi Sharnaaz pula, dia dan Noor Nabila Mohd Noor berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Nabila Mohd Noor kemudian mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu pada 31 Ogos lalu.