Pelakon Isa Khan memberi bayangan bahawa dia kini sedang menyelesaikan urusan akhir bagi majlis pernikahannya.

Dakwaan itu tercetus apabila Isa atau nama sebenarnya, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 26, memuat sekeping foto di Instagram yang menunjukkan dua keping kad pengenalan, miliknya dan individu lain dipercayai bakal isterinya.

Rata-rata netizen beranggapan, Isa dalam proses mengisi borang perkahwinan apabila turut menyatakan hasratnya mahu menghalalkan seseorang yang amat dicintainya.

"Sudah pasti ga sesingkat ini cerita cinta aku, untuk bisa memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa aku. Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak pemantasan diri untuk pantas kamu cintai.

"Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta. Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Sudah pasti ga sesingkat ini cerita cinta aku, untuk bisa memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa” aku. Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak pemantasan diri untuk pantas kamu cintai. Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta. Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah. #countingdays?

A post shared by ᴄᴏɴᴛʀᴀ ᴇʟ ᴍᴜɴᴅᴏ ™ (@theisakhan) on



Perkongsiannya itu kemudian menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut yang mahu mengetahui gerangan wanita yang bakal dijadikan isterinya.

Biarpun tidak menyebut nama, Isa memberi gambaran bahawa wanita itu merupakan pelakon Risteena Munim seperti yang sudah mula diperkatakan umum.

Ini kerana, Isa membalas komen pengikutnya dengan emotikon berbentuk hati dalam setiap pertanyaan yang mengaitkan nama Risteena.



Sebelum ini, Risteena juga pernah memberi bayangan bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat.

BACA: Risteena Munim Dah Fitting Baju Kahwin, Siapa Bakal Suami?

Terdahulu, aktres berusia 30 tahun itu dikaitkan dengan nama pelakon Isa Khan sejak tersebar berita mengenai dirinya putus tunang pada bulan lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua mereka masih mengunci mulut mengenai dakwaan yang mengatakan mereka menjalin hubungan cinta.