Penyanyi Mark Adam terkenal dengan sikap suka mengusik peminat menerusi laman sosial, Twitternya.

Menurut Mark, tindakannya itu membolehkan dirinya berasa begitu dekat dengan peminat yang selama ini banyak memberikan sokongan kepadanya.

“Ya, saya memang gemar berinteraksi dengan peminat di Twitter, lebih-lebih lagi jika jadual saya tidak sibuk.

“Yang seronoknya, mereka ini semuanya kelakar dan kadang-kadang gemar memberi teka-teki sehingga buat saya terjebak.

“Bila dah terjebak, nak tak nak saya kena jawab juga. Kadang-kadang saya pun ada berikan teka-teki untuk mereka juga.

“Saya rasa gembira bila dapat ‘berbual’ dengan mereka walaupun hanya di alam maya,” katanya kepada Astro Gempak.



Dalam pada itu Mark juga memberitahu dia tidak pernah berasa bosan melayan karenah peminanya.

“Saya kena layan mereka sebab bagi saya mereka adalah tulang belakang saya. Banyak memberikan sokong kepada saya.

“Bosan? Tak pernah terlintas langsung untuk saya fikir pasal bosan sebab saya dapat lihat pelbagai ragam menerusi tweet mereka.

“Pernah juga saya tergelak sendirian bila membaca tweet-tweet lucu dan adakalanya mereka juga suka kenakan saya,” ujarnya.



Dalam perkembangan lain, Mark bakal muncul dalam telemovie Oh My English (OME) : Road to Jogja bahagian satu dan dua yang bersiaran pada 3 dan 11 Disember ini di saluran Astro TVIQ (610), Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135) pada pukul 9 malam.

Teks oleh: Mya Amri