Penyanyi dan pelakon Alif Satar menjelaskan dia meminta isterinya Shadila Halid, 32, berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada keluarga.
Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, berkata, isterinya sudah tidak lagi bekerja sebagai pengurus jenama sebuah syarikat telekomunikasi kerana ingin dia menumpukan sepenuhnya perhatian kepada anak-anak dan keluarga.
"Saya juga merupakan seorang lelaki yang normal jadi kalau boleh apabila balik ke rumah ada isteri yang menunggu dan menghidangkan makanan di atas meja setelah seharian penat bekerja.
"Saya minta dia agar berhenti kerja dan beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga sahaja, lagipun tahun depan kami akan mendapatkan anak kedua jadi lebih baik dia yang menguruskan segalanya.
"Biar saya seorang sahaja yang keluar untuk mencari duit untuk keluarga," katanya kepada Astro Gempak.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan cabutan giliran persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 31 yang diadakan di Wisma Bentley, di sini baru-baru ini.
Lagu nyanyiannya Selamanya Cinta layak bertanding di AJL31 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan.
Dalam pada itu tiga artis naugan Astro iaitu Akim, Hazama dan Hafiz turut bertanding menerusi lagu:
1) Akim & The Majistret (Obses)
2) Hazama (Diamaran Mama)
3) Misha Omar & Hafiz (Terimaku Seadanya)
Sementara itu lagu lain yang layak bertanding ialah:
4) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
5) Black (Anugerah Terindah)
6) Elizabeth Tan & Awi Rafael (Setia)
7) Syamsul Yusof & Mawi (Kalah Dalam Menang)
8) Khalifah (Hang Pi Mana)
9) Sufian Suhaimi (Terakhir)
10) Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
11) Projektor Band (Sudahku Tahu)
12) Selamanya Cinta (Alif Satar)
Rozaimi Zubaidi
Fri Dec 09 2016
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini