Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2016 menyaksikan PU Mizi dinobatkan sebagai juara program realiti dakwah untuk musim keempat.

Kemenangannya pada malam ini (Khamis), PU Mizi atau nama sebenarnya, Nor Hamizi Jamaluddin yang berasal dari Raub, Pahang berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Kemenangannya itu menepati ramalan banyak pihak yang sebelum ini telah pun menjangkakan kemenangannya selepas beraksi baik dan konsisten sepanjang tujuh minggu bersaing dalam Pencetus Ummah 2016.

Gelaran untuk naib juara itu diraih oleh PU Zul manakala PU Akram yang berjaya memberi persembahan yang baik pada malam kemuncak itu menduduki tempat ketiga dan tempat keempat telah dimenangi oleh PU Taihan.

Untuk naib juara berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM 30,000, tempat ketiga RM 20,000 dan keempat telah meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Mimbar Akhir Pencetus Ummah telah bersiaran dari Pusat Konvesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan ditayangkan di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Untuk malam akhir tersebut, setiap peserta telah diminta menyampaikan dua tugasan iaitu secara solo dengan tema bebas dan berduet.

Untuk tazkirah berduet, setiap finalis ini akan digandingkan diantara satu sama lain.

PU Raihan dan PU Akram telah berduet bersama manakala PU Mizi dan PU Zul turut digandingkan bersama untuk tugasan kedua.

Juri jemputan untuk malam akhir ini ialah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani disamping dua orang juri iaitu personaliti radio, Fara Fauzana dan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr.Maza) sebagai juri tetap bagi mengadili para peserta.

Antara artis jemputan yang hadir membuat persembahan ialah kumpulan Rabbani.

Pencetus Ummah pada malam ini turut di pengacara oleh Bekas peserta Pencetus Ummah iaitu PU Azman Syah Alias dan Faizal Ismail.

Teks oleh: Rozaimi Zubaidi