Aktres jelita Raja Ilya akui ingin memperlahankan kerjaya lakonannya selepas berumah tangga.

Namun menurut Ilya, suaminya, Trent Garret sentiasa memberi sokongan dan mahukannya untuk terus aktif dalam dunia lakonan.

"Kalau ikutkan, selepas kahwin saya memang nak 'slow down' kerjaya lakonan dan menumpukan perhatian pada kehidupan alam perkahwinan.

"Tapi lain pula jadinya, suami saya mahukan saya terus aktif berlakon dan sentiasa memberi sokongan kepada saya," ujar Ilya.

Ilya berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem KL Vampires yang dibintanginya bertempat di e-Curve, Petaling Jaya Khamis lalu.

Tambah Ilya, Trent turut membantunya untuk menyertai sebuah agensi lakonan di Australia.

"Selepas suami saya tahu tentang saya pernah cuba nasib di luar negara sebelum ini, dia lagi bersemangat untuk membantu saya.

"Trent sedang berusaha untuk memasukkan saya dalam sebuah agensi lakonan di Australia, saya percayakannya kerana dia lebih tahu selok belok di negara sendiri.

"Setakat ini, tiada lagi respon atau panggilan dari pihak agensi berkenaan, namun saya berharap agar rezeki saya ada di situ," tuturnya lagi.

Selain Ilya, KL Vampires turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Reen Rahim, Josiah Hogan, Saiful Apek, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

KL Vampires merupakan filem fiksyen mengisahkan tentang golongan 'vampire' yang merupakan keturunan Raja Bersiong.

Filem arahan Daven R. ini bakal menjengah pawagam pada 14 November ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!