Sejak kelmarin tular beberapa keping foto memaparkan aksi mesra pelakon Zul Ariffin dan Intan Najuwa berdukung dalam laut.

Penularan foto itu mencetuskan pelbagai spekulasi netizen terutama status Intan yang merupakan tunangan orang.

Tidak kurang juga ada yang mengandaikan foto-foto terbabit sengaja ditularkan demi meraih rating dan gimik drama lakonan mereka.

Mengulas mengenai perkara itu, jelas pengarahnya, Osman Ali, adegan seperti yang tersebar di Internet bukan sebahagian daripada montaj drama Setelah Aku Dimiliki itu.

"Saya terkejut dan terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

"Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki," katanya memetik laporan Harian Metro.

Tambah Osman, tugas pengarahan montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadzaman ekoran Osman berdepan urusan lain di Kuala Lumpur.

Jelas Jai, dua vers penggambaran telah dilakukan namun tidak menyelitkan adegan dalam gambar yang telah tular itu.

"Saya 'shoot' dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa 'shoot' versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik.

"Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam 'footage' kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.

"Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan," katanya.

Beberapa keping foto yang tersebar memaparkan aksi Intan diangkat dan didukung Zul.

Terdahulu, tercetus isu apabila tunang Intan, Fazrul Anwar Rulis kurang senang apabila foto Zul meletakkan tangan di paha Intan tersebar.

BACA: "Saya Tak Buat Benda Bodoh Belakang Dia!" - Aksi Mesra Idris Khan Dukung Intan Najuwa Dikecam Netizen, Risaukan Hati Tunang Terguris!

Intan dan Fazrul bertunang pada 18 Ogos lalu di Johor Bahru.

Sumber: Harian Metro