"Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada peguam saya dan peguam yang akan beri kenyataan," kata Noor Nabila Mohd Noor ketika ditemui media selepas prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta sebentar tadi.

Nabila hadir bersama wakil peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar serta ayah tirinya, Abdul Halim Khan.

Ketika ditanya kepada peguam syarie, beliau menyatakan kes ini akan dibicarakan semula pada 4 Disember selepas gagal mencapai penyelesaian dalam jawatankuasa pendamaian (JKP) yang sebelum ini dilantik.

"Kes ini dibuat secara tertutup jadi saya tidak dapat untuk beri maklumat lanjut.

"Sebentar tadi, laporan daripada Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah dikemukakan kepada mahkamah.

"Berdasarkan kepada laporan tersebut, mahkamah telah menetapkan 4 Disember untuk pelantikan hakam kerana pendamaian sudah tidak boleh dicapai.

"Sebutan kes ini tersebut adalah untuk perlantikan hakam dan penyelesaian kes nusyuz," katanya kepada Gempak.

Dalam prosiding itu peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili suami Nabila, pelakom Sharnaaz Ahmad manakala peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Nabila.

Perlantikan JKP itu adalah susulan daripada Sharnaaz yang tidak bersetuju dengan tuntutan penceraian Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

BACA: "Kahwin Elok, Tak Kan Nak Cerai Gaduh-Gaduh" - Sharnaaz Ahmad

BACA: Tuntutan Cerai Ditolak, Air Mata Noor Nabila Gugur

Pada 13 September lalu, Nabila memfailkan interim hadanah (hak penjagaan sementara anak) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos tahun lalu.