Akaun Facebook salah seorang ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, telah digodam baru-baru ini dan telah dibanjiri foto lucah.

Akibat di godam, akaun yang mempunyai lebih daripada satu juta pengikut itu turut dipenuh foto bogel beberapa seleberiti popular dan status yang berbaur lucah.

"Pengodam telah memuatnaik aksi lucah Miley Cyrus dan Katy Perry serta status yang berbaur seks dengan imej-imej kurang sopan berserta kapsyen lucah.

"Si penggodam turut memuat naik serta menyiarkan gambar menunjukkan Miley Cyrus seolah-olah melakukan perbuatan seks pada anak patung dan berkongsi pautan ke laman web dengan gambar lucah Katy Perry," kata sumber.

Perbuatan tersebut telah mengejutkan ramai peminat Liam kerana menyangka dia yang telah memuatnaik video dan status tersebut.

Namun setelah laporan telah dilakukan, semua gambar, video dan status tersebut telah pun dipadamkan.

Terdahulu, beberapa bulan lalu akaun teman wanita Liam, Cherl Cole digodam dengan beberapa mesej berbaur lucah.


Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Kapanlagi