Filem aksi paling dinanti Polis Evo 3 bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Filem arahan Syafiq Yusof ini kini sedang dalam proses membaca skrip dan akan memulakan penggambarannya kelak.

Para pelakon yang akan membintangi filem tersebut telah pun diperkenalkan.

Menerusi laman sosial Instagram, pelakon Nora Danish telah berkongsi sekeping foto keluarga Polis Evo 3.

Yep that’s us! #polisevo3 familia ?

A post shared by Nora M Danish (@noradanish) on


Menampilkan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani, Polis Evo 3 turut mengembalikan watak adik Inspektor Sani yang digalas oleh Nora Danish.

Antara wajah-wajah popular lain yang bakal membintangi filem ini adalah Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Farali Khan dan ramai lagi.

Sebelum ini, filem Polis Evo 2 yang ditayangkan tahun lalu mendapat kutipan pecah panggung lebih RM20 juta.

Manakala, filem Polis Evo yang ditayangkan sekitar tahun 2015 meraih kutipan RM17.8 juta.