Baru-baru ini, sekeping foto mengenai seorang perokok yang sedang merokok di kawasan larangan tular di laman Twitter.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kelibat selebriti serba boleh, Alif Satar yang sedang berborak menerusi telefon pintarnya.
Menjengah maklum balas orang ramai di laman Twitter, rata-rata pengikut bergurau dengan menyatakan Alif sedang membuat laporan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"@muzxmml: Alif dah siap report KKM."

"@defaf_z: All I saw at first is Alif Satar."

"@yours_tfu: Dia tengah call KKM."

Alif turut memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Seriously guys why is it always me? P/s #IDidntTakeThisPhoto," tulisnya.

seriously guys.. why is it always me? p/s #IDidntTakeThisPhoto

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terhibur melihat 'photobomb' yang dilakukan secara tidak sengaja.



Terdahulu, wajah Alif kerap menghiasi kaca TV sewaktu siaran langsung solat Jumaat di Masjid Wilayah.

BACA: Tampil Dengan Gaya Rambut Baru, Wajah Alif Satar Tunai Solat Jumaat Keluar TV Sekali Lagi!