Penyanyi dan composer Hael Husaini menerima hadiah sebuah Totoya Vellfire daripada pihak pengurusan Virus Ungu Entertainment.

Menerusi video yang dimuat naik Anne Farina di Instagram (IG), pada ruangan IG Story, difahamkan kereta mewah tersebut dihadiahkan kepada Hael kerana kerja kerasnya selama ini.

Anne berkata, pihak pengurusan merancang memberi kejutan kepada penyanyi Hajat tersebut dan mengajak dia ke kedai kereta Naza World di Petaling Jaya.

“Hael diberitahu dia perlu membuat reviu mengenai kenderaan di Naza World dan bersetuju untuk melakukan ‘job’ tersebut.

“Beberapa minit selepas dia sampai, kami jerit ‘surprise’ dan Hael memberi reaksi terkejut, tergamam, ‘speechless’.

“Ayat pertama yang keluar daripada mulut Hael ialah “betul ke ni…sumpahlah?,” kata Anne yang turut berkongsi kegembiraan dengan sahabatnya itu.

Lebih menarik lagi plat kereta tersebut yang ditempah khas dan apabila dirapatkan ia seperti membaca nama nama kedua Hael iaitu ‘Usaini’ (VS54171).

Anne turut memuat naik foto Hael terduduk disisi kereta barunya itu di IG dan mengucapkan selamat maju jaya kepada penyanyi dan composer muda berbakat besar itu di ruangan kapsyen.

“SURPRISE!! Dari management and team. Semoga terus berjaya dan sentiasa memberikan yang terbaik! Love,” tulisnya.