Kecoh di sosial media sejak kebelakangan ini berhubung isu pembulian siber antara individu dikenali sebagai Shazwan Zafran dan Azfar Firdaus.

Isu berkenaan menjadi semakin tegang apabila Azfar sendiri berhadapan dengan pembulinya iaitu Shazwan di sebuah rancangan bual bicara.

Terbaru, perbalahan antara mereka dilihat telah pun berakhir apabila kedua-dua mereka telah berdamai menerusi platform Twitter.

Menerusi satu posting, Shazwan dilihat telah tampil memohon maaf secara terbuka.

"Saya telah meluangkan masa untuk baca semula posting lama di Twitter. Saya akui telah melukakan ramai orang.

"Saya minta maaf banyak-banyak," katanya.
Menerima permohonan maaf tersebut, Azfar turut membalas posting berkenaan.

"Aww. This is sweet.

"Terima kasih kerana memohon maaf. Kita boleh menjadi orang yang lebih baik dan belajar dari kesilapan. Saya harap awak juga boleh beri motivasi kepada orang ramai ke gimnasium.

"Nanti boleh lepak minum kopi sama. It’s on me," katanya yang turut dikenali sebagai Azfarovski.
Rata-rata netizen menyambut baik pendamaian berkenaan dan berharap isu buli siber dan amalan mempersendakan bentuk tubuh manusia dapat dihentikan khususnya di media sosial.