Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui jenama kecantikan terkenal miliknya, Simplysiti bakal membantu lima kanak-kanak pesakit jantung menerusi kempen Simplysiti Di Hati 2019.

Menurut selebriti yang lebih mesra disapa dengan nama Tokti, kempen yang diperkenalkan sejak 2011 ini mengutip dana untuk membiayai kos pembedahan kanak-kanak pesakit jantung yang kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah, pihak Simplysiti banyak berurusan dengan pihak Institut Jantung Negara (IJN) untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini.

“Sebagai ibu, saya boleh rasakan macam mana perasaan emak yang risau kesihatan anak. Mereka ini perlu berdepan dengan anak yang ada sakit jantung, ditambah pula berdepan masalah kewangan.

“Dengan adanya kempen seperti ini, ia adalah salah satu cara saya memberi kembali kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak,” jelas Tokti kepada Gempak.

Tokti ditemui selepas melancarkan kempen tersebut di Hotel New World, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019 merupakan kolaborasi diantara SIMPLYSITI dan juga Yayasan institut Jantung Negara yang bermula pada tahun 2011. Kempen ini telah pun berjaya mengumpul dan menyalurkan dana melebihi rm200,000.00 bagi membiayai dana dan kos pembedahan 14 org kanak-kanak pesakit jantung. Tahun ini, 5 kanak-kanakpesakit jantung akan mendapat bantuan. . Konsep membeli sambil menderma iaitu setiap pembelian RM120 ke atas produk SIMPLYSITI termasuk BeauSiti, dan juga menerusi peraduan Derma Dan Menang. Selain itu saya juga akan turun padang untuk sesi meet & greet. Semua .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Marilah sama-sama kita menjayakan Kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019! .⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Penghargaan kepada: Benefisiari: @ijnmalaysia Penaja lokasi: @newworldpetalingjaya Penaja bersama: @creacionbysitinurhaliza & @chatime.malaysia Penaja deco: @balloonnpartysupplies Emcee: @fizafrizzy @universalmusic_my Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. . #SIMPLYSITIDIHATI2019 #Terang #SIMPLYSITI #ForTheBeautyInYou

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Kempen ini akan mengumpul dana melalui konsep ‘membeli sambil menderma’. Dengan setiap pembelian produk Simplysiti bernilai RM120, sebanyak RM5 akan disalurkan ke Yayasan IJN dan pembeli akan turut menerima Di Hati 2019 gift box Eksklusif bernilai RM100.

Menurut Pengerusi Kutipan Dana dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan IJN, Datin Julini Mohd Ali, pihaknya bersyukur menerima pertolongan daripada Simplysiti.

“Alhamdulillah, kami berbesar hati menerima bantuan daripada Siti dan Simplysiti.

“Dengan adanya sumbangan ini dapat menambah nasib baik kanak-kanak di IJN,” jelasnya ketika ditemui.

Usaha murni ini akan berlangsung sepanjang November hingga Disember untuk mengutip dana pembiayaan berjumlah RM70,000.

Pembedahan pertama dijangka akan diadakan November ini.

Sebelum ini, Simplysiti telah berjaya mengumpul dana melebihi RM200,000 dan ia telah disalurkan ke dalam tabung Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).