Penyanyi rap popular negara, Joe Flizzow dikhabarkan sudah merisik teman wanitanya, Marini Ramlan.

Lebih menggembirakan Joe Flizzow juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis dicintainya itu tahun depan.

Sementara itu Ibu Joe, Aishah Ali memberitahu anak sulungnya itu sudah berapa pada tahap membanggakan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kira-kira sebulan lepas, Joe telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara.

“Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin,” katanya.

Menurut Aishah, tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak bakal berlangsung awal tahun depan.

Terdahulu, Joe mengukir sejarahnya yang tersendiri selepas menjadi penyanyi pertama negara yang bernaung di bawah label rakaman baharu, Def Jam.

Artis lain termasuk DABOYWAY (Thailand), Yung Raja (Singapura), Fariz Jabba (Singapura), Alif (Singapura), A.Nayaka (Indonesia) dan Young Bong (Thailand).

Sumber: Astro Awani