Pelakon Raja Ilya dikecam selepas memuat naik video yang menunjukkannya sedang mencuci rambut di dalam bilik air.

Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Ilya yang memakai baju tidur mencuci rambutnya di bawah air pancuran membasahi tubuhnya.

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempertikaikan tindakan aktres tersebut memuat naik video tersebut yang dianggap tidak sopan.

“Mandi pun nak tunjuk ke?

“Bukan senang nak tengok Raja Ilya mandi.

“Dia ni lawak lah shampoo rambut pun nak tunjuk.

“Dahsyatnya godaan di akhir zaman,” antara komen pengikutnya.

Untuk rekod, Ilya dan Trent berkahwin pada 23 Disember lalu di sebuah majlis ringkas di Australia.

@sailajah.haircare_hq change my hair problem... look at me now !!! No more hair extension ,no more stress ,no more worries.. choose the best for yourself #hairsolution #lookathernow #shampoo #hairfall #perfect #tryit #sailajahshampoo

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on