Rakan duet penyanyi popular Khai Bahar, Fatin Husna mengumumkan telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan 12 Oktober lalu.

Menerusi entri di Instagramnya, Fatin, 24, turut memaklumkan bakal berkahwin dengan jejaka yang dikenali sebagai Luqman itu pada pertengahan Disember ini.

"Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil-kecilan antara keluarga terdekat sahaja. ️

"Insya-Allah pada pertengahan bulan 12 saya akan bernikah, semoga semua urusan di permudahkan.

"Doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang," tulisnya bersama beberapa keping foto bersama tunangnya itu.

Assalamualaikum . Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja☺️In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.. semoga semua urusan di permudahkan.. dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang?in shaa allah amin..? #fiance #fatinhusna #doayangbaikbaik

A post shared by #DANCINTAKU (@fatinhusna_95) on


Difahamkan, Fatin dan Luqman telah berkenalan sejak 2016.

Alhamdulillah semoga semua nye Dipermudahkan.. in shaa allah ! Aminnn yaa allah..? #myfiance #121019

A post shared by Xaw40 || Klang (@luqmanul_93) on


Dalam perkembangan lain, Fatin kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya berjudul Dan Cintaku.

Fatin mula mencipta nama apabila single duetnya bersama Khai Bahar berjudul Rahsia Kita popular tahun lalu.