Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan kini sedang hamil anak kedua.

Saharul, atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi sepotong video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Alhamdulillah. ❤️ Terima kasih atas semua doa anda semua sebelum ini. Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur. ❤️ . Terima kasih isteri utk pengorbanan besar dlm hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak ❤️ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


"Alhamdulillah, terima kasih untuk doa anda semua sebelum ini.

"Doakan semuanya dipermudahkan dan kami sekeluarga dilindungi Allah. Alhamdulillah syukur,” tulis Saharul menerusi ruangan kapsyen.

Malah, dia turut berterima kasih kepada isteri tercinta, Qaabila Deena Amir di atas pengorbanan yang dilakukan.

“Terima kasih isteri untuk pengorbanan besar dalam hidup awak sekali lagi. Saya sayang awak,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Terdahulu, Saharul dah isteri sememangnya pernah merancang untuk menimang cahaya mata perempuan selepas dikurniakan zuriat lelaki, Muhammad Luth Ali, dua tahun.

Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila pada 16 September 2016.