Umum mengetahui pelakon Emma Maembong sudah menanggalkan tudung sejak awal tahun lalu dan selepas itu penampilannya sering menjadi kritikan netizen.

Selain yang mendoakan Emma supaya kembali mengenakan tudung, ada juga meninggalkan komen kurang enak terhadap pelakon cantik tersebut.

Terbaru, loket tulisan Jawi yang dipakai Emma turut menjadi perdebatan di kalangan pengikutnya di laman sosial Instagram.

Ada netizen yang berpendapat, loket tulisan jawi tidak boleh dijadikan perhiasan di tubuh badan, apatah lagi digayakan dengan pakaian yang mendedahkan aurat.

Namun, ada juga yang menyangkal pendapat tersebut kerana bagi mereka tulisan tersebut (Fatimah) tidak membawa apa-apa maksud hanya sekadar ukiran nama Emma.

Bagaimanapun, setakat ini Emma tidak mengeluarkan sebarang komen kepada netizen yang telah menegurnya.

Apa-apa pun, semoga Emma dapat menerima teguran daripada netizen dengan baik ya.