Sering meniru aksi Datuk Chef Wan pada hampir setiap persembahan, Daniel mengakui teringin untuk bertemu selebriti yang disegani itu secara peribadi.

Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 23, berkata, telah menyimpan hasrat itu kerana sangat mengagumi kejayaan dan keperibadian Chef Wan dalam memartabatkan Malaysia di mata dunia.

"Saya sebenarnya agak takut untuk berjumpa dengan Chef Wan kerana risau dia marah meniru aksi dan gayanya dengan lawak jenaka yang saya lakukan di atas pentas.

"Namun, sejak dahulu lagi saya mempunyai hasrat untuk bertemu dengan dia secara peribadi kerana saya sangat menghargai keberadaan dia di dalam industri ini.

"Dia merupakan salah seorang idola yang paling saya suka sejak dahulu lagi," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya, untuk meniru aksi Chef Wan atau selebriti lain sebelum diadaptasi dalam persembahan lawaknya, dia akan terlebih dahulu membuat rujukan mengenai bagaimana cara percakapan dan tingkah laku individu tersebut.

Jangan lupa saksikan separuh akhir Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi