Selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian masih belum membawa anak-anaknya melawat Kanye West di hospital.

Kanye masih lagi menerima rawatan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Los Angeles kerana mengalami tekanan sehingga boleh menyebabkan dia mengalami masalah mental.

“Kim sangat risau membawa anak-anak untuk bertemu dengan Kanye kerana keadaan kesihatan Kanye yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Setakat ini, hanya Kim sahaja yang melawat Kanye di hospital dan anak-anak mereka ditinggalkan di rumah. Kanye masih belum stabil dan sedang dirawat,” kata sumber kepada Kim.

Kanye dikatakan telah mengalami tekanan selepas kematiannya ibunya, dan menganggap dirinya merupakan punca ibunya meninggal.

Namun begitu, sehingga kini masih lagi tiada sebarang kenyataan daripada pihak Kanye.

Kim dan Kanye berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florance, Itali dan mereka dikurniakan dua orang anak, North dan Saint.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: People.com