Di awal kemunculannya, ramai yang menganggap pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman seorang yang gila glamor, gedik dan merimaskan.

Namun ramai yang tidak tahu personaliti sebenar Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) ini disebalik kejayaan dan kehidupannya sekarang.

Jom ikuti pendedahan ekslusif mengenai DSV yang sangat sinonim dengan warna merah
jambu ini:

1. Sangat Mencintai Ipoh
Kata DSV, hidupnya seperti tidak lengkap jika tidak ‘kena’ angin Ipoh! Eh! Kenapa pula? Apa beza angin Ipoh dengan negeri lain sampai sanggup berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Baik hati DSV kan? Siap kongsi tips untuk berjaya dalam perniagaan lagi!

Okaylah rasanya semua orang tahu DSV mempunyai dua orang anak yang sangat disayangi iaitu Cik B dan Kacak.

Tapi yang anda semua tak tahu ialah, beberapa perkara disukai dan tidak disukai oleh DSV, suaminya Fairuz serta anak-anaknya.

2) DSV sangggup buat apa sahaja demi anak-anak dan keluarga


Sayangnya DSV kepada anak-anaknya sehinggakan dia sanggup membawakan bintang bola sepak Kelantan, Wan Zack Haikal semata-mata untuk memenuhi permintaan, anaknya Kacak yang sangat meminati sukan bola sepak dan penyokong The Red Warrior! Yeay!

3) Suami DSV sentiasa positif untuk keluarga

Fairuz sentiasa sentiasa positif untuk memastikan keluarganya sentiasa rapat. Dalam The House, Fairuz sangat happy bila dia dan keluarga sentiasa ada teamwork! Paling best bila dapat tengok Cik B dan Kacak bangun pagi-pagi.

4) Cik B Suka Aktiviti Lasak


Siapa sangka anak seorang hartawan suka masuk hutan, memancing, mandi sungai dan yang paling menyentuh hati bila Cik B kata dia selalu teringin nak luangkan masa bersama keluarga. Mesti Cik B seronok dapat bercuti dengan Mama dia dalam The House!

5) Banyaknya Koleksi Jersey Kacak!


Anak bujang DSV ini sangat suka kepada bola sepak dan mempunyai koleksi jersey yang sangat banyak! Mesti korang semua cemburu kan. Lucunya Kacak, bila dia Mama dia suruh kemas baju dan dia isi beg dengan semua jersey yang dia ada. Haha!

Okaylah, kalau tadi kita dedahkan lima perkara mereka suka, dalam video di bawah ini, korang boleh tengok apa pula yang mereka tak suka!

1) No Bibik, Tidur Dalam Khemah! Oh My God!

Tak boleh bawa bibik, tak ada driver! Haa..rasakan penangan The House DSV! Semua benda kena buat sendiri dan yang paling best DSV risau bila dia tertanya-tanya apa yang dia kena buat dalam The House. Bila sampai lokasi The House kena tidur dalam khemah pula! Ya ampunnn! Kuatkan semangat DSV!

2)Fairuz terkejut dengan cabaran dalam The House

Awal-awal lagi sudah diduga dengan rintangan dan dugaan apabila DSV sekeluarga terpaksa ikut jalan jauh untuk ke lokasi The House. Pokok tumbang tengah jalan! Ish..ish..Badan penat, tiba-tiba kena tidur dalam khemah dan kena bangun pagi-pagi sebab ada cabaran buat nasi lemak! Mampu ke diaorang semua ni bangun pagi dan buat nasi lemak? Tungguuu!

3) Tempat tinggal The House tepi sungai, Cik B takut HANTU!!

Cik B pening kepala bila terpaksa pusing jauh untuk sampai ke The House. Paling kelakar bila Cik B kata dia tak suka tempat tinggal mereka tepi sungai sebab dia takut HANTU! Hahaha.

4) Kacak bosan tak ada WI-FI!

Kacak stress dalam hutan tak ada WI-FI sebab dia tak boleh main game Online! Nasiblah kacak! Sudahlah sebelum bertolak kena marah dengan Mama dia, sebab bawa semua baju jersey. Haha. Nasib baik ada Wan Zack Haikal, tak adalah rasa bosan sangat!

Itulah dia gelagat DSV dan keluarga yang korang semua tak pernah tahu sebelum ni. Kalau nak tahu apa lagi cerita DSV dan keluarganya, jangan lupa saksikan episod seterusnya THE HOUSE 2 pada Rabu hadapan.

Jangan lupa tau, sebab korang mesti tak percaya tengok DSV dalam The House, sumpah lain! Hilang semua blink-blink dia!