Sejak bercerai pada Julai 2015 lalu, pasangan Ben Affleck dan Jeniffer Garner dikatakan sering dilihat bersama, namun terbaru mereka kerap dilihat keluar melakukan aktiviti dengan anak-anak.

Mereka dilaporkan telah berbaik dan sering berjumpa demi kebahagiaan anak-anak mereka iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.

Terbaharu, menurut Daily Mail mereka dikatakan telah kembali bersama sejak seminggu yang lalu apabila dilihat intim seperti pasangan suami isteri selepas keluar daripada gereja bersama anak-anak.

Kelibat keluarga ini telah mendapat perhatian lensa kamera media di sana yang sempat merakamkan foto ketika mereka baharu keluar dari gereja tersebut.

Sebelum ini kemesraan mereka bersama selepas cerai sering diperkatakan, lebih-lebih lagi sering melihat keluar bersarapan membawa anak.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: Daily Mail