Beberapa bulan yang lalu, kecoh kisah pelakon terkenal Syafie Naswip dan pelakon baru Aishah Azman putus tunang.

Situasi kemudian bertukar tegang apabila Aishah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Namun menerusi laporan terkini, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

BACA: "Saya Bersyukur Dan Rasa Lega, Tapi Tidaklah Sampai Nak Melompat" - Syafie Naswip Gembira Tiada Kes

Sehubungan dengan itu, pihak Gempak menghubungi Aishah untuk mendapatkan komen dan reaksinya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, Aishah enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

"Sorry, I'm not interested (Maaf, saya tidak berminat)," katanya ringkas.

Terdahulu, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

BACA: Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Kerana Ditegur Songsang!

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.

BACA: Gara-Gara Didakwa Tumbuk Bekas Tunang, IG Syafie Naswip Diserang ‘Tentera Bawang’

Untuk rekod, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

Namun, kedua-dua pasangan itu mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 21 Julai tahun yang sama.