Pembukaan Konsert High Note dimulakan oleh penyanyi lelaki yang cukup tinggi suaranya iaitu Azlan The Typewriter berjaya memukau penonton yang hadir pada malam pertama persembahan.

Ternyata, vokal Azlan masih berada di landasan yang sama apabila menyanyikan Lagu Untukmu yang begitu lantang dan hebat.

Tidak ketinggalan, Jaclyn Victor pelantun lagu Gemilang ini telah memberi sentuhan baru pada lagu yang jarang didengar iaitu Cinta Tiada Akhirnya ciptaan Sulu Sarawak.

Jac, sangat selesa dan bersahaja dengan nyanyiannya serta kelunakan vokalnya, membuatkan penonton tergamam.

Selepas giliran Jac selesai, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba apabila penyanyi disayangi Ziana Zain telah menyanyikan lagu Riwayat Cinta yang sudah berusia dua dekad.

Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan vokal Ziana tidak bermaya, namun pada malam pertama Konsert High Note telah menangkis persepsi itu.

Kekuatan vokal Ziana masih lagi mempunyai taring, mampu menyaingi penyanyi baru yang berada dalam arena muzik tempatan.

Malah, gaya selamba Ziana menanggalkan kasut menyanyikan lagu rancak Ku Cinta Padamu menerima respon paling gemuruh kerana dia menari begitu ligat dan bersahaja.

Kredibiliti dan profesionalisme semua penyanyi dalam Konsert High Note sangat komited dan ikhlas untuk peminatnya.

Tetapi, dalam menjayakan konsert ini, rupa-rupanya mereka hanya diberi masa sekitar dua hingga tiga jam untuk berlatih dengan pemuzik sebelum konsert bermula.

Promosi juga dibuat pada dua bulan yang lalu, tetapi sepanjang tempoh itu penyanyi tidak menjalani sebarang latihan bersama pemuzik.

Mereka pada mulanya ingin menarik diri dan membatalkan konsert, bagaimanapun demi menghormati prestij pengurusan Istana Budaya, hajatnya mereka tidak diteruskan.

Ketika sidang media berlangsung, pelbagai soalan ditanyakan kepada pihak penganjur dan seperti biasa jawapan diterima sangat klisye, iaitu - kesilapan teknikal dan salah faham.

Riak kekecewaan terserlah di wajah Ziana Zain dan Jaclyn Victor tetapi masih memberi senyuman yang manis kepada penonton yang hadir.

Apa-apa pun yang berlaku, kesungguhan mereka walaupun kurang latihan, masih luar biasa dan menghiburkan.

Kepada yang berminat untuk menyaksikan konsert ini secara ‘live’ yang berakhir pada Ahad ini, anda bolehlah membeli tiket menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi ditalian 016-4444937.

Sesungguhnya, kerugian besar la mereka2 yg lokek berbelanja/skeptikal dgn kemampuan Ziana utk siri #KonsertHighNote2016 ? Konsert penutup 2016 versi lepas geram yg terbaik dr #ZianaZain @iamzianazain ❤️❤️❤️ #ConcertGoer #FullSatisfaction #IstanaBudaya #konserthighnote #Entertainer

A video posted by yusri (@swaggydope11) on

????@Regrann from @iamabdullahude - Berpisah juaaaaa kak ziana..@iamzianazain #konserthighnote2016 - #regrann

A video posted by Syeeda Rasyed (@syeeda_rasyed) on

Walaupun demam Vokal padu as always!!! Love #zianafolks #konserthighnote2016

A video posted by Faisal Muahaiyidin (@faisalmuahaiyidin) on


Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir