Pelakon dan penyanyi Lufya Omar meluahkan rasa kesal dengan sikap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang dianggap seperti mahu melengahkan masalah rumah tangga mereka.
Menurut laporan Harian Metro, Lufya terkilan dengan suaminya yang tidak hadir pada sebutan permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di Petaling Jaya, hari ini.
"Saya sudah empat bulan lebih digantung tidak bertali... dia (suami) susah dihubungi dan tidak mahu berbincang dengan baik.
“Dia juga tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan anak kami,” katanya.
Bintang Akademi Fantasia itu juga turut merasakan jiwanya didera disebabkan perbuatan suaminya.
"Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik, namun dia seolah-olah mahu melengahkan hal ini.
"Siapalah yang berkahwin mahu bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya.
"Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini,” katanya.
Ketika disoal mengenai tindakan suaminya membuat laporan polis kerana tindakan dan tuduhan keterlaluannya sebelum ini, Lufya berkata, dia belum menerima apa apa arahan atau saman.
“Berani kerana benar.... nak saman atau apa sekali pun saya bersedia,” katanya.
Terdahulu, Lufya sebagai plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari untuk sebutan permohonan cerai yang difailkan olehnya terhadap suaminya, pada bulan lalu.
Bagaimanapun, Dr Che Muhammad Hafiz yang juga defendan tidak hadir dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.
Dalam prosiding itu, peguam syarie Fadhlina Siddiq yang mewakili Lufya memaklumkan saman kepada defendan sudah diserahkan di tempat kerjanya di Jempol, Negeri Sembilan pada 7 Oktober lalu.
"Pihak kami tiada maklumat mengenai ketidakhadiran defendan pada hari ini dan memohon tarikh lain untuk sebutan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya.
Shukran kemudian menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.
Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.
Turut kelihatan menemani Lufya sepanjang prosiding hari ini ialah rakan selebriti, Heliza Helmi dan Zulin Aziz.
Sumber: Harian Metro
Mya Amri
Wed Oct 16 2019
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.