Anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 23, tidak mengambil tahu mengenai penularan foto dirinya yang kelihatan mesra bersama seorang wanita.

Menurut MK, dia sudah dilatih untuk tidak mengambil tahu mengenai gosip yang berlaku di laman sosial.

"Sejujurnya, saya kurang ambil tahu perihal gosip atau cakap-cakap yang berlaku di laman internet. Saya tak tahu apa yang tular, apa yang viral atau apa yang diperkatakan.

"Sebenarnya, saya sendiri tak pernah tahu mengenai foto terbabit. Ada banyak wanita dalam hidup saya. Saya ada enam orang kakak dan seorang ibu. Mungkin salah satunya adalah foto saya bersama kakak," kata MK.

Be polite, be professional, but have a plan to kill everybody you meet. ?: @zdy.rmly

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on


MK ditemui di majlis pelancaran Konsert Haus Boom Music di Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, MK menjelaskan perihal cinta bukanlah menjadi keutamaan dirinya dan anggota K-Clique yang lain.

"Kami semua masih muda. Apa yang kami mahu fokuskan adalah pembangunan kerjaya dalam bidang muzik. Kami perlu membina nama dan mengukuhkan tapak dalam bidang hiburan.

"Soal jodoh dan pertemuan, semuanya kuasa Allah. Sekiranya sudah tiba masanya, pasti akan saya umumkan kepada umum.

"Buat masa ini, biar kami mengejar cita-cita untuk mengeluarkan produk yang berkualiti bagi semua peminat muzik yang selama ini menyokong," katanya lagi.

❗HAUSBOOM MUSIC CONCERT ANNOUNCEMENT❗ Moment that we’ve been waiting for so long. ITS OFFICIAL! Hausboom Music presents local acts on November 10th 2019 ?? Thank you to all artistes and medias involved earlier for our media invite session. #hausboom #hausboommusic #hausboommusicconcert #hausboommusicpresents #hausboommusic19 #inilagiboom #lokallagiboom

A post shared by Hausboom Music (@hausboommusic) on

❗HAUSBOOM MUSIC CONCERT ANNOUNCEMENT❗ Moment that we’ve been waiting for so long. ITS OFFICIAL! Hausboom Music presents local acts on November 10th 2019 ?? Thank you to all artistes and medias involved earlier today for our media invite session. Watch out this space for more updates! #hausboom #hausboommusic #hausboommusicconcert #hausboommusicpresents #hausboommusic19 #inilagiboom #lokallagiboom

A post shared by Hausboom Music (@hausboommusic) on


K-Clique akan menyertai pemuzik terkenal lain yang terdiri daripada pelbagai genre muzik seperti hip hop, rock, reggae serta ska itu membariskan Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, Budak Nakal Hujung Simpang dan Ella.

Konsert Haus Boom Music 2019 bakal diadakan pada 10 November ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan bermula dari 4 petang sehingga 10 malam.

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).

Tiket akan dibuka untuk jualan hanya melalui aplikasi TicketApps bermula 18 Oktober ini.