Bekas peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, Kamal yang juga anggota kumpulan Chilok menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Berita itu disahkan oleh salah seorang anggota Chilok, Chiwan ketika dihubungi Gempak.

Menurut Chiwan, jenazah akan dimandikan di Hospital Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada esok.

Terdahulu, Kamal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Khamis (10 Oktober).

BACA: Kamal Chilok Kemalangan, Kritikal Di Hospital Putrajaya

Kamal dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Akibat kemalangan tersebut, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalam kecederaan pada anggota badan serta kepala dan tidak sedarkan diri.

Selain Kamal dan Chiwan, kumpulan Chilok turut dianggotai seorang lagi pelawak dikenali sebagai Achok.