Pelakon Dia Semanis Honey, Alif Satar dan isteri Shadila Halid kini berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Alif Satar yang berada di sana sejak beberapa hari lalu menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi beberapa foto dia bersama isteri yang kini hamil tujuh bulan berlatar belakangkan kaabah.

Menerusi entri tersebut Alif melahirkan rasa syukur apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki di sana:

"alhamdulillah.. the greatest journey of all. alhamdulillah alhamdulillah.. perfect. just perfect,"

Sementara itu menerusi akaun Instagram Shadila Halid pula memberitahu meskipun mengerjakan Umrah ketika hamil tujuh bulan adalah perkara yang sangat mencabar, namun ia sangat berbaloi buatnya

Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:

"To be able to perform umrah when I am 7 months pregnant is challenging but MashaAllah, so rewarding.. I wouldn't have it any other way. Especially during Saei as it is to appreciate the sacrifice of a mother towards her child Betul lah apa orang cakap pasal roh anak dengan ibu ni sangat2 special. Good morning to all!,"

Pasangan ini dilihat sangat gembira dan bahagia menerusi foto yang dikongsikan.

Berikut merupakan foto-foto mereka di sana:

alhamdulillah.. the greatest journey of all. alhamdulillah alhamdulillah.. perfect. just perfect.

A photo posted by Alif Satar (@alifsatar) on

selesai asar dengan hajjah!

A photo posted by Alif Satar (@alifsatar) on


Teks oleh: Syafiqah Jalal