Pelakon Faezah Elai berang apabila dituduh bersikap sombong hanya kerana tidak mengenakan sebarang solekan ketika sedang membeli-belah di sebuah kedai barangan bayi.

Dakwaan itu dilakukan di laman sosial Facebook oleh seorang wanita dengan nama Yon Thannia dengan status berbunyi:

“Eh lupa nak update, Faezah Elai datang kedai siang tadi. Tapi disebabkan muka dia tak make up dan dia sombong gila so tak adalah kitorang ambil gambar dengan dia,” tulisnya.

Status itu juga turut disertakan dengan foto Faezah yang diambil dari bahagian belakang sedang memangku anaknya sambil memihat barangan di kedai tesebut.

Faezah yang geram dengan tuduhan itu kemudiannya telah memuatnaik status tersebut di akaun Instagram (IG) nya kira-kira satu jam yang lalu dengan kapsyen:

“Ni la masalah orang melayu kita. Bila kita tak senyum cakap sombong padahal ko tegur pon tidak. TOLONG LAH JANGAN EXPECT SAYA INGAT ORANG KENAL SEBAB SAYA DAH BERZAMAN TAK BERLAKON!!

"Bila senyum pulak korang cakap perasan macam orang kenal ko. Haiiyyoo. Macam mana nak maju. Takpe saya maaf kan dan pasti nya tak akan ke sana lagi.. tq very much. #manusiaohmanusia #feelingblessed #alhamdulillah,” tulisnya.

Selain itu, Faezah juga melabelkan tindakan wanita yang mengambil gambar tanpa pengatahuannya itu sebagai biadap.

“Kalau cakap nak ambil gambar rasa nya takde masalah sebab belum pernah saya tolak kalau nak bergambar, tapi kalau curi-curi macam ni biadap namanya,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut IG aktres itu tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan menyifatkan wanita tersebut hanya ingatkan publisiti murahan untuk melariskan perniagaanya.



Kebanyakan komen yang diterima oleh Faezah adalah positif dan menjelaskan bahawa pelakon itu seorang yang sangat merendah diri.





Teks oleh: Mya Amri