Konsert minggu separuh akhir GegarVaganza 3 (GV 3) yang bakal berlangsung pada Ahad ini akan menyaksikan bintang GV 3 membawakan dua buah lagu secara duet dan solo.
Di akhir konsert minggu suku akhir GV 3 menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, hos GV 3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan gegaran Zur Eda terhenti di konsert tersebut. Gmie Screen pula diselamatkan oleh Datuk Seri Vida menggunakan kuasa imuniti.
Lagu tugasan untuk konsert minggu separuh akhir juga telah diberikan kepada tujuh bintang GV 3.
Melihatkan kepada senarai lagu konsert minggu separuh akhir, penonton bakal disajikan dengan paduan suara bintang GV 3 bersama penyanyi popular untuk menyampaikan lagu tugasan yang diberikan.
Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu separuh akhir:
Ameng Spring
Ameng bakal membawakan lagu asal nyanyian kumpulan Kembara, Kepadamu Kekasih secara duet bersama penyanyi otai Aris Ariwatan. Untuk tugasan solo, Ameng menyanyikan lagu asal persembahan Jay Jay yang berjudul Keasingan Dalam Luka.
Siti Sarah
Misha Omar bakal meletuskan gandingan vokal hebat dengan Siti Sarah menerusi lagu hit Misha, Bunga Bunga Cinta. Selain itu, Sarah akan turut menyanyikan lagu Dibawah Pohon Asmara nyanyian asal Jaclyn Victor.
Nora
Bagi tugasan lagu duet, bekas bintang Akademi Fantasia 5, Aizat Amdan bakal menyanyikan lagu asal nyanyian Meet Uncle Hussein, Lagu Untukmu bersama Nora. Bagi tugasan solo, Nora bakal menyanyikan lagunya sendiri yang berjudul Sandiwara.
Azharina
Black yang sememangnya terkenal dengan vokal nyaring bakal berganding dengan Azharina menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu, nyanyian asal kumpulan Search. Untuk tugasan solo, Azharina bakal menyanyikan lagu mendiang Whitney Houston, I Wanna Dance With Somebody.
Zarul Umbrella
Lagu nyanyian asal Datuk Rossa bersama Hafiz, Salahkah bakal dinyanyikan oleh Zarul secara duet bersama Marsha Milan. Tugasan lagu solo pula bakal menyaksikan Zarul mempersembahkan lagu Hanya Kau Yang Mampu, nyanyian asal Aizat Amdan.
Intan Sarafina
Intan Sarafina bakal menyanyikan lagu asal nyanyian Misha Omar, Pulangkan duet bersama Ezad Lazim. Lagu nyanyian asal Liza Hanim, Siapa Sangka Siapa Menduga bakal menjadi tugasan lagu solo untuk Intan.
Gmie Screen
Sejarah Mungkin Berulang nyanyian asal kumpulan New Boyz bakal menjadi lagu duet Gmie bersama penyanyi asal lagu ini, Tomok di pentas separuh akhir. Tugasan lagu solo pula menyaksikan Gmie ditugaskan untuk membawakan lagu Andai Dapat Ku Undur Masa nyanyian asal AXL.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Tetapi apakata sebelum siaran langsung bermula, dapatkan KFC Holiday Bucket untuk dinikmati seisi keluarga!
Istimewanya KFC Holiday Bucket, ianya berbaloi dan boleh dimakan di mana-mana sahaja, bila bila masa.
Nikmati kemeriahan KFC Holiday Bucket bersama GV 3 di rumah atau sebelum ke auditorium pada hari Ahad, 27 November ini ya!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Wed Nov 23 2016
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum