Pelakon drama Jealousy Incarnate, Go Kyung Pyo memberitahu dia teringin untuk sertai program popular Running Man kerana rasa tercabar.

Menerusi temubual bersama Osen baru-baru ini, Kyung Pyo menjelaskan dia berasa cemburu apabila melihat rakan-rakan artis dapat mencuba dan menamatkan tugasan yang diberikan oleh program berkenaan.

“Saya dah pernah mencuba pelbagai program variasi antaranya Happy Together, Strong Heart dan Infinity Challenge, tapi hanya Running Man saja yang masih belum berpeluang.

“Konsep Running Man amat berlainan berbanding program lain dan saya tahu tugasan yang diberikan bukanlah mudah untuk diselesaikan dan amat mencabar.

“Baru-baru ini rakan saya, Jo Jung Suk juga dah dijemput untuk sertai Running Man dan perkara itu membuatkan saya rasa cemburu dan tercabar.

“Tapi secara jujur, saya katakan memang saya teringin nak sertai program itu dan alami sendiri pengalaman ‘berlari’ untuk selesaikan tugasan, pasti berdebar dan seronok,” katanya.

Dalam pada itu, Kyung Pyo juga menjelaskan hubungannya bersama anggota Running Man, Yoo Jae Suk dan Kim Jong Kook juga merupakan salah satu sebab mengapa dia ingin menyertai program tersebut.

“Sebenarnya saya juga mengenali Yoo Jae Suk, dia merupakan seorang senior yang sangat baik.

“Selain Jae Suk, saya juga sering bertemu dengan Kim Jong Kook ketika berada di gym. Mengenali mereka berdua saja sudah cukup buatkan saya teruja untuk memasuki program berkenaan.

“Tapi malangnya, sehingga kini saya masih belum belum menerima sebarang panggilan daripada pihak produksi, tapi tak mengapa saya sanggup tunggu,” katanya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Allkpop / Osen.