Seperti sedia maklum pelakon Yana Samsudin gemar berkongsi foto-foto comel anak sulungnya, Aisy Mateen di akaun Instagram (IG)nya.

Bagaimanapun, satu foto yang dimuatnaik oleh Yana baru-baru ini dengan kapsyen “Siapa tak tidur lagi tu”telah menarik perhatian pengikut IGnya.

Foto yang dirakamkan itu menunjukkan anak lelakinya, Mateen sedang meniarap di atas tilam sambil memandang ke arah kemera dengan wajah yang comel.

Disebabkan pipi Mateen yang tembam, pengikut IG mula memberikan gelaran Shin Chan kepada bayi itu kerana mempunyai persamaan dengan watak kartun popular tersebut.

Sehingga kini foto tersebut telah menerima lebih 31,000 likes dan hampir 250 komen.

Antara komen yang diterima ialah:

@thesecretcode5446: Comelnya Mateen , nak cium awak.
@princessgorgxous24: Mateenn momel....Pipi pau.....Mata sepet.
@saidinrufizah: Cam Shin Chan.
@aiwahida: Shin Chan
@pwincesnanad: Alahai pipi pau dia, geramnya! Macam Shin Chan la awak ni Mateen!

Teks oleh: Mya Amri