Pelakon Nadiya Nisaa tidak meletakkan sebarang syarat tertentu dalam lakonan selepas mula berhijab sejak Ramadan lalu.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 31, dia tidak mahu perkara itu dijadikan sebagai penghalang untuk karier lakonannya.

“Saya tak mahu hijab dijadikan alasan untuk tidak berlakon, kerana apa yang ditunjukkan dalam televisyen itu hanyalah mainan semata-mata.

“Tak semestinya kalau berlakon sebagai suami isteri kena bersentuhan, tidak. Sebenarnya cukup dengan keberkesanan dialog, cara penyampaian dan sudut pandangan teknik kamera,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Nadiya juga menjelaskan setiap babak yang dilakokan itu boleh dikawal dan tidak menjadi satu masalah kepada dirinya.

“Kalau ikutkan sebelum ini pun saya banyak bawa watak wanita bertudung, jadi saya sendiri yang mengawal watak itu supaya tidak bersentuhan

“Setiap orang ada pandangan masing-masing, seperti yang saya katakan tadi perkara itu boleh dikawal sebagai contoh bersentuhan tetapi berlapik. Selagi tidak melampaui batas pada saya itu okay,” jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, Nadiya telah membintangi filem Interchange arahan Dain Iskandar Taib yang akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 1 Disember depan.

Selain Nadiya, filem itu juga turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra.

Teks oleh: Mya Amri