Sebelum ini, di laman media sosial tular mengenai seorang individu yang mempunyai raut wajah seiras aktor Syafiq Kyle.

Menerusi laman Twitter, Syafiq memberi respon terhadap sebuah video yang dimuat naik di akaun @rempitlogic.

Video tersebut menunjukkan 'kembar' Syafiq bekerja sebagai penghantar makanan di syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia sedang membonceng motosikal namun dalam keadaan yang membahayakan.

Pelakon utama drama Nur itu mendoakan semoga individu tersebut dimurahkan rezeki di samping tidak lupa mengingatkannya supaya menunggang motosikal dengan berhati-hati.

"Ramai yang cakap rider ni macam muka Capik hehehe.

"Insya-Allah mudah-mudahan rezeki dimurahkan tak kira kat mana pun.

"Rezeki Allah tu luas dan pasti. Btw bawak moto tu elok-elok bro," tulisnya.



Dalam perkembangan terkini, Syafiq sedang giat mempromosikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank, Pusaka.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Selain Syafiq, filem ini turut menampilkan pelakon seperti seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Mimi Lana, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.