“Saya dan Amar sudah bercinta sejak September tahun lalu. Kami sepatutnya berkahwin di Thailand minggu depan,” itu merupakan dakwaan pelakon baru Ellika Azman, 24, yang membuat pendedahan terhadap hubungannya dengan pelakon berstatus suami orang, Amar Asyraf.
Ellika ketika dihubungi Gempak berkata, perkahwinan yang sepatutnya berlangsung antara 11 hingga 13 Oktober ini musnah apabila dia mengetahui pelakon itu mempunyai dua isteri.
“Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya.
“Bagimanapun, minggu lepas Allah tunjukkan kebenaran apabila saya mendapat tahu yang isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak.
"Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga! Mulanya, saya tidak memberitahu info yang saya dapat ini kepada Amar.
"Selepas itu, Amar menghubungi saya. Saya mengangkat panggilan itu kerana saya ingatkan dia mahu berbincang mengenai proses perkahwinan kami yang bakal dilakukan di Thailand minggu depan.
"Saya juga menerima panggilan terbabit kerana mahu membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan dia.
“Bila saya angkat telefon, saya pula dimarahi. Sebenarnya, ibunya yang menghubungi saya menggunakan telefon Amar. Amar dan isteri pertamanya juga mendengar perbualan kami," dakwanya.
Dakwa Ellika, dia tidak menyangka Amar mempunyai isteri kedua yang baru sahaja melahirkan anak.
“Saya dapat mengesahkan perkara itu. Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka.
“Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.
“Namun, apa yang membuatkan saya lebih geram dan tampil mendedahkan perkara ini kerana dia tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri kedua dan anak mereka.
“Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya!
“Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu," dakwanya lagi.
Sementara itu, usaha untuk menghubungi Amar gagal kerana dia tidak menjawab panggilan telefon.
Terdahulu, Ellika tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya menjalinkan hubungan dengan Amar di laman Instagram.
BACA: "Dia Ada Seorang Lagi Isteri & Seorang Lagi Anak" - Hampir Jadi Isteri Ketiga, Pelakon Baru Ini Dakwa Ada Hubungan Dengan Amar Asyraf
Menerusi entri terbabit, Ellika memuat naik foto dan videonya bersama Amar dan turut mendakwa dia bercinta dengan Amar semenjak tahun lalu.
Sebelum ini, Amar dan Ellika pernah bekerjasama dalam teater Puteri Saadong yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, Amar mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.
Kamaruddin Razal
Thu Oct 10 2019
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.